Selasa, 15 Februari 2011

Guru Kami....

Cekak telah diasas dan dilahirkan kembali oleh pemimpin Agung, Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad pada tanggal 5 Ramadan 1385 bersamaan 28 Disember 1965. Silat ini berasal dari Kedah dan
berdasarkan dari cerita guru ke guru silat ini pernah digunakan oleh panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II.


YM TUAN GURU HAJI MD RADZI BIN HAJI HANAFI Menerima mandat sebagai Guru Utama Silat Cekak pada 19 Mei 1993. penyerahan mandat ini telah diperakui kesahihannya oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak pada 21 Mei 1993 manakala pengistiharan sebagai Guru Utama Silat Cekak disempurnakan pada 23 Mei 1993. Bak kata pepatah,”ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’,Perumpamaan orang melayu itu tepat bagi beliau. Dengan ini beliau dapat mengorak langkah lebih jauh lagi dalam usaha meneruskan perjuangan dan cita-cita bapanya untuk mendaulatkan seni pusaka bangsa melayu.

Anak keempat Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad dan Puan Maimunah binti Othman ini telah dilahirkan pd 3 Ogos 1961 di Batu 3 ¾ ,Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan formal sekolah rendah dan menengah di Alor Setar dan Kuala Lumpur manakala pendidikan agamanya diterima terus daripada Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad sendiri.Beliau telah mempelajari Silat Cekak pada usia 18 tahun.Kefahaman dan didikan agama diperolehi dari bapanya.Menerima Sijil Rendah Persilatan Silat Cekak pada tahun 1980 dan Sijil Menengah Silat Cekak pada tahun 1987.Beliau juga turut mempelajari bidang perubatan tradisional daripada bapanya.Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Masita Binti Mohd Salleh,yang berasal dari Johor Bahru ,Johor pada tahun 1990.Mereka kini dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu dua orang anak lelaki dan
dua anak perempuan.

Selain itu, pengaulannya yang luas dengan ahli silat yang lebih dewasa ,penelitian yang mendalam
ketika Ustaz Hanafi Haji Amad mengajar Silat Cekak dan pembabitannya dalam kebanyakan aktiviti Silat Cekak sejak kecil,memupuk minat dan penghayatan Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi terhadap dunia persilatan.

Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi mula berkhidmat secara sepenuh masa mengajar Silat
Cekak sejak tahun 1981.Beliau juga diberi kepercayaan menjadi penyelia kelas di Selangor ,Terengganu dan Johor.Bakat kepimpinannya terselah apabila beliau diberi tanggungjawab menerajui cawangan Silat Cekak di
negeri Johor Darul Takzim. Melalui kepimpinan Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi,kini Silat
Cekak telah berkembang di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan banyak mendapat penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan.


Pada 18 Julai 2005 YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Hj Hanafi telah menerima ‘Anugerah Gagah Perkasa daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII ,Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena perhimpunan Rakan Wajadiri 2005 , Beliau yang kini berusia 47 tahun ,akan terus memastikan Silat Cekak terus
berkembang bagi memastikan pusaka warisan bangsa ini kekal walaupun di zaman moden ini.


manakala baru-baru ini SILAT CEKAK USTAZ HANAFI telah berjaya memecahkan rekod 10,000 orang pesilat  (The Largest Participants in Performing Silat Cekak Ustaz Hanafi) di Dataran Merdeka pada 10.10.2010

Tiada ulasan: