Isnin, 4 April 2011

santapan nurani Annisa'

Buat renungan nuraniku
Alangkah indahnya kulihat,
Berjalan seorang Muslimah mukminah,
Dengan wajah yang ditutupi niqab,
Dia berjalan dengan penuh tawadhu,
Langkahnya ibarat seorang pejuang Muslimah yang tenang,
Yakin, berwibawa, penuh dengan semangat seorang mujahidah.

Di sebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa,
Bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan untuk mengenali Allah dengan lebih dekat.

Ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
Dengan mengingati yang Maha Esa…..
Ada seulas bibir yang merah bak delima,
Sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah….
Ada sepasang mata yang redup,
Yang cukup terjaga dari pandangan maksiat….
Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya,
Yang lembut dalam tegas…

Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,
Bahasa badannya, yang lahir dari hati nurani yang ikhlas kerana Dia…
Tak terkeluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan,
Melainkan hikmah, haq, serta mutiara-mutiara ukhuwah…..
Hanya dengan melihat pada perwatakannya,
Sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati Allah….
Agar segera berfikir tentang Nya…Subhanallah……

Terharu dan terkedu aku seketika apabila membaca keratan ini di sebalik helaian buku yang lusuh….sungguh bermakna mutiara kata ini……bangga rasanya jika aku dapat mengetahui siapakah yang telah mencipta madah permata ini……tersentak aku apabila terkenang semula kisah hidupku yang dulu….terasa begitu berdosa kerana setiap perilakuku selama ini tidak ku endah sama ada ia mendatangkan kemurkaan Nya atau tidak…

Untungnya diriku bergelar wanita……”wanita solehah” idaman setiap wanita yang menyedari kelebihan yang tersirat padanya….tapi…., aku musykil apakah aku dapat mengikut kesemua kriteria tersebut? Dan mengapa aku tidak menyedari hal ini dari sebelumnya??


Benarlah bahawa manusia sentiasa perlu diperingatkan agar tidak menyimpang ke jalan yang salah….sejauh mana seseorang itu telah tersesat jauh namun kesan agama yang kukuh dan benar yakni Islam tidak dapat mengubahnya….setiap perkara ada penciptanya…begitu juga manusia seperti kita……kita datang dari Allah dan hanya akan kembali pada Allah jua….

Allah telah menerapkan bahawa Islam adalah agama utama yang diselaputi oleh setiap mukmin….tidak kira walau apa jua yang berlaku seseorang itu akan kembali pada agama utama kita dan segala aspek kehidupan kita terikat dengan peraturan dan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T..

umpama ibuku

kehormatan apa lh yg tersisa tuk kaum terhormat..
sedang dirimu adlh ratu orang2 terhormat..
kemuliaan apa lagi yg tertinggal tuk kaum mulia..
sedang dirimu adlh tumpuan org2 mulia..
keluhuran apa lagi yg tanggal..
sehingga org2 luhur pagut bersamamu..

kecerdasan apa lg yg kurang darimu..
sedang dirimu paham betul kedudukan pghulu para nabi..
puncak keutamaan apa lagi yg x tergapai..
pd kaum bijak engkau pmimpin wanita quraisy..
ratu makkah dambaan dan idola pemilik kemuliaan..

perempuan di puncak keagungan nan kukuh..
perempuan subur penyemai kelembutan cinta..
perempuan suci penebar kesucian..
perempuan mulia penebar kemuliaan..

hati bergetar girang kala mengingatnya..
jelma istri penuh pesona laksana ibu sang suami..
rekah rona cinta laksana mempelai tak sirna..
setiap saat dalam genggaman keanggunan kasih..
bak mentari setia dan sedia dlm segenap duka..
untuk suami dan nabi tercinta.........


Dialah Saidatina Khadijah.....